Thursday, October 27, 2011

ku bilang ku sahabat....~


Kau bilang kau sahabat,
Sehingga dirinya menaruh percaya,
Namun percaya yang diharap,
Kian pudar ditelan zaman,
Selari tuanya umur persahabatan.

Kau bilang kau sahabat,
Kisah baiknya kau kecilkan,
Hikayat buruknya kau besarkan,
Sedang dia menyebar baikmu,
Sedang dia mengubur burukmu.
Kau bilang kau sahabat,
Salah temanmu kau biarkan,
Katamu, dia hidup dia aku hidup aku,
Sedang dia tidak jemu ingatkan salahmu,
Bimbang nasibmu.
Kau bilang kau sahabat.
Aibnya kau cerita, bahan ketawa,
Bukan hanya kepada seorang, kepada semua,
Sedang maruahmu dijaga olehnya,
Sedang aibmu erat digenggamnya.
Kau bilang kau sahabat,
Baikmu hanya dirimu sahaja,
Tidak peduli kepada si dia,
Katamu, dia sudah baik sempurna,
Tidak perlu diajak dipelawa,
Ah! Kau lupa, dia juga manusia.
Kau bilang kau sahabat,
Ya, kau memang sahabat baginya,
Walaupun doamu tiada,
Namun doanya untukmu tetap tersedia,
Percaya yang kian sirna,
Dikukuh kembali, dipatri rapi,
Ya, dia masih percaya,
Percaya kau sebagai sahabatnya.
Baginya kau masih sahabat,
Sahabat dunia Akhirat,
Walau bagimu dia bukan sesiapa,
Bagimu dia hanya sahabat dunia.
Pena Kelana

Friday, October 21, 2011

you are..

you are...

seorang hamba ciptaan Yang Esa...




insan yang tiada daya jika tidak dengan izinNya....


hamba...

hamba...

hamba...

hamba Dia...



jangan sesekali berpaling hati daripadaNya,kerna 




"you are hamba ALLAH....."
mati diriku tanpaMu disisi.......



lurve this quote,"..cause you are amazing just the way you are....." :)

Tuesday, August 23, 2011

lama masa berlalu......


Yang aku mahu dengan Ukhuwwah itu ialah hati-hati dan ruh-ruh diikat dengan ikatan Aqidah

Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan mahal. Ukhuwwah adalah adik beradik kepada Iman, sedang perpecahan adalah adik kepada Kekufuran.

Kekuatan pertama ialah kekuatan Kesatuan. Tidak ada kesatuan tanpa kasih sayang. Minina kasih sayang ialah berlapang dada. Maksima kasih sayang ialah
Ithar
(mengutamakan seseorang melebihi diri sendiri). 

“Sesiapa yang selamat dari kebakhilan diri sendiri, mereka orang-orang yang berjaya” (Al-Hasyr).
 Seorang akh yang jujur (dalam Ukhuwwahnya) melihat ikhwahnya lebih utama pada dirinya dari dirinya. Ini adalah kerana sekiranya dia tidak bersama mereka, dia tidak akan dapat bersama selain mereka. Sedang mereka pula, jika tidak bersama dia, mereka bersama selain dia. Hanyasanya serigala memakan kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan mukmin yang lain seperti sebuah binaan yang saling kuat menguat antara satu sama lain” (Hadis)Orang-orang beriman lelaki dan perempuan adalah wali (penolong) diantara satu sama lain” (Al-Quran). Beginilah kita sepatutnya. [Imam Hasan Al-Banna]




Assalammualaikum..

Ya Allah,sungguh lama xmenjenguk untuk ber"post" disini...

diri ini xpandai membahagi masa kurniaanNya...maafkan diriku Ya Rabb.......

*p/s : ketemu di lain post..a lot of thngs yg boleh dikongsikn bersama..insyaAllah jika berkesempatan nikma menaip belum ditarik olehNya yang Maha Berkuasa,akn dikongsikn bersama kalian..insyaAllah....<3

**p/s : ukhti izati,maaf lme xupdate..hehe..*teringt pesan kak usrah*